Ini isu khilaf. Bila sebut isu khilaf, semua pihak ada hujah. Semua pihak bukan suka-suka hati keluarkan hukum. Jadi, semua pendapat layak kita hormati.
Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan dalam buku Fiqh Thaharah, dulu ketika ditanya persoalan ini, beliau menjawab wanita haid tidak boleh masuk ke masjid, sesuai dengan pandangan jumhur fuqaha'.

Namun beliau mengakui kesilapannya ketika memberi jawapan, "Ternyata saya telah membuat mereka berada dalam kesempitan dalam masalah yang sebenarnya terdapat kelapangan/kemudahan."
Beliau kemudiannya mengkaji nash-nash sahih, kuat dan jelas indikasi hukumnya. Beliau dapati hadis yang tidak menghalalkan wanita haid dan junub masuk masjid itu penuh dengan sanad-sanad lemah dan tidak jelas. Tidak boleh dijadikan sumber hukum.
Antara dalil yang dikemukakan ialah:
1-Ibnu Hazam berkata dalam kitab 'Al-Muhalla', boleh sahaja bagi wanita yang haid dan nifas untuk memasuki masjid. Demikian juga orang yang berjunub kerana tiada larangan tentang perkara itu dan ini bersesuaian dengan hadith Rasulullah yang diriwayatkan daripada Sayyidina Abu Hurairah, "Sesungguhnya orang mukmin itu tidaklah najis" (Hadith riwayat Bukhori dan Muslim).
Selain itu, para ahli suffah (golongan sahabat nabi yang miskin) selalu tidur di masjid Rasulullah ketika Rasulullah masih ada dan jumlah mereka agak banyak. Tidak dinafikan bahawa pasti ada di kalangan mereka yang bermimpi basah. Namun Rasulullah tidak melarang mereka untuk tidur di masjid tersebut.
2-Hadith yang diriwayatkan daripada Saidatina 'Aisyah, bahawa ada seorang ibu yang hitam legam berasal dari sebuah desa di Arab. Kemudian mereka membebaskannya. Dan wanita itu datang menemui Rasulullah dan menyatakan diri masuk Islam. Dia (wanita itu) memiliki khemah kecil atau rumah kecil di dalam masjid.
(Hadith riwayat Bukhori dalam bab 'Solat')
Berdasarkan hadith ini, Ibnu Hazm berkata, Wanita itu telah telah di masjid Rasulullah dan kebiasaannya wanita sering mengalami haid. Namun Rasulullah tidak melarangnya atau mencegahnya daripada tinggal di masjid. Setiap yang tidak dilarang oleh Rasulullah maka itu bererti dibolehkan.
3-Ibnu Hazm membantah dalil yang digunakan untuk melarang wanita haid masuk ke masjid iaitu "Saya tidak menghalalkan bagi wanita haid dan junub untuk masuk masjid". beliau menyatakan bahawa dalam hadith ini penuh dengan sanad-sanad (perawi) yang lemah dan majhul (tidak jelas). Maka hadith ini tidak boleh dijadikan hujah.
Pendapat Ibnu Hazm boleh dikuatkan lagi kerana pada hari ini, kekhuatiran adanya ceceran darah haid kini tiada lagi. Sebab wanita pada zaman ini telah memakai 'pad' yang mampu menahan jatuhnya darah. Sila rujuk lanjut Fiqh Thaharah.
Berbahagia para wanita jika mahu memilih kemudahan ini. Jika ada di kalangan kalian yang tidak mahu memilihnya, saya hormati. Sama-sama berlapang dada. Adab memperlakukan hal khilaf, biarkan kita berbeza, jangan berpecah dengan hina-menghina.

No comments:
Post a Comment