Bagi yang ingin melihat kefahaman Islam dengan cara yang lebih mudah dan menyenangkan hati saya syorkan untuk membaca tulisan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi. Beliau adalah seorang yang faqih dan mujtahid di zaman ini. Banyak pandangan baru yang tidak berlaku zaman dahulu telah dijelaskan dalam ijtihad beliau dan juga terdapat pandangan lama yang dimurnikan dengan Al-Quran dan Hadith yang sohih dan jelas. Tujuannya tidak lain agar umat Islam melihat Islam sebagai agama yang mudah dan tidak mmbebankan. Suka saya untuk merakamkan kata-kata beliau:
1-Saya berusaha untuk memperkecilkan taklif (bebanan) yang ada pada manusia itu selagi saya menjumpai alasan yang membenarkan kerana inilah yang menjadi keutamaan oleh Rasulullah. Firman Allah: "wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan kepada nabimu hal-hal yang jika diterangkan kepadamu, nescaya menyusahkan kamu" (surah al-maidah ayat 101)

2-Adalah menjadi kewajipan saya untuk membahas dan melihat masalah yang telah menimpa kaum muslimin di seluruh dunia kerana ada sebahagian pandangan ulama menjadikan manusia terbeban. Oleh sebab itulah, saya berusaha semampu saya untuk memberikan jalan yang lebih mudah bagi manusia dalam pemahamannya. Sabda Rasulullah: "Permudahlah dan janganlah kamu menyusahkan" (Hadith riwayat Bukhori dan Muslim)
3-Keinginan untuk memberikan jalan yang mudah dan ringan ini dan mengurangkan beban yang memberatkan telah mendorong saya untuk membincangkan pandangan yang terlalu berlebih-lebihan dan saya akan mengemukakan pandangan yang mmberikan jalan yang mudah. Ini bukanlah satu perbuatan yang saya ada-adakan atau direka-reka tetapi apa yang saya katakan ialah berdasarkan pandangan yang kuat dan menuju ke arah memudahkan serta menghilangkan kesulitan. Ini sesuai dengan firman Allah: "Allah tidak hendak menyulitkan kamu tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur"
(surah al-maidah ayat 6)3-Keinginan untuk memberikan jalan yang mudah dan ringan ini dan mengurangkan beban yang memberatkan telah mendorong saya untuk membincangkan pandangan yang terlalu berlebih-lebihan dan saya akan mengemukakan pandangan yang mmberikan jalan yang mudah. Ini bukanlah satu perbuatan yang saya ada-adakan atau direka-reka tetapi apa yang saya katakan ialah berdasarkan pandangan yang kuat dan menuju ke arah memudahkan serta menghilangkan kesulitan. Ini sesuai dengan firman Allah: "Allah tidak hendak menyulitkan kamu tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur"
4-Ijtihad saya dalam memberi pandangan ialah dengan memilih pendapat yang paling kuat, jalan yang paling tepat, lebih menyeluruh maksud-maksud syariat, memudahkan agama bagi manusia dan membuat manusia semakin senang beribadah kepada Allah. Maka dengan demikian saya mampu memuaskan pembaca, menenangkan hati dan percaya bahawa apa yang dilakukan adalah benar dan paling dekat dengan kebenaran yang nyata.
5-Saya ingin memberikan khabar gembira dan bukan berlandaskan dengan cara yang menyulitkan dan membuat manusia lari. Saya memerhatikan dalil-dalil yang sohih yang ada dalam dalil-dalil yang juz'i serta memerhatikan tujuan syariat yang umum, juga melihat kepada realiti yang ada dan sedang berkembang sama ada terhadap individu atau masyarakat. Saya berijtihad untuk zaman ini, tempat ini, manusia di zaman ini dan dalam lingkungan kehidupan saat ini. Saya tidak berijtihad seperti ulama terdahulu kerana suasana keadaan dahulu berbeza dengan hari ini
6-Jika saya mendapat taufik apa yang saya inginkan, maka Alhamdulillah saya ucapkan kerana Allah telah menunjukkan saya untuk ini. Tidak mungkin saya mendapat hidayah jika Allah tidak memberikannya. Namun jika tidak sampai apa yang saya inginkan, maka itu cukuplah bagi saya kerana saya telah berusaha sekuat tenaga untuk berijtihad dan membulatkan niat. Setiap orang yang berijtihad akan mendapat pahala dan setiap orang dinilai berdasarkan niatnya
Kesimpulannya: Jika kita mendapati seseorang itu memberikan pandangan berbeza dengan apa yang kita amalkan selama ini atau berbeza dengan mazhab yang kita pegang janganlah terus melabel dengan gelaran yang tidak sepatutnya. Selagi perkara itu termasuk dalam khilaf ulama (tidak disepakati), maka terpulang kepada kita untuk memegang pendapat yang lebih menyenangkan hati. Kalau kita mahu berpegang dengan ijtihad yang lama dan tidak mahu menerima ijtihad semasa maka itu pun terpulang. Kajilah sesuatu perkara itu sebaiknya dan sedalam-dalamnya. Kajilah sebelum caci.

No comments:
Post a Comment