Wednesday, September 26, 2012

Adakah wajib wuduk ketika menyentuh mashaf Al-Quran?

Adakah wajib wuduk ketika menyentuh mashaf Al-Quran?

Perkara ini adalah isu khilaf dikalangan ulama ada ulama yang membenarkan dan ada ulama yang tidak membenarkan. Masing-masing mempunyai dalil dan hujah tersendiri dan yang paling penting kita saling menghormati segala pandangan tersebut.

Mengikut pandangan Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, ayat Al-Quran iaitu "tidaklah menyentuhnya kecuali hamba-hamb
a yang disucikan" (Al-Waqiah ayat 79). Beliau menafsirkan perkataan 'nya' itu merujuk kepada "Lauh Mahfuz" dan 'hamba-hamba yang disucikan' ialah "para malaikat"

Beliau cenderung menafsirkan hamba-hamba yang suci itu ialah malaikat kerana malaikat sememangnya suci daripada dosa dan untuk manusia lebih sesuai digunakan 'membersihkan diri' sebagaimana Allah menyebut di dalam ayat "sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang membersihkan diri" (Surah Al-Baqarah ayat 222)

Selain itu, ayat "orang yang suci" itu boleh dihuraikan dalam banyak maksud, boleh jadi maksudnya ialah orang yang bersuci daripada hadas besar atau kecil, atau boleh jadi maksudnya orang mukmin kerana Islam menyatakan orang Mukmin tidak najis atau boleh jadi juga maksudnya ialah seseorang yang tubuhnya tiada najis.

Kesimpulannya, Syeikh Yusuf membenarkan menyentuh mashaf Al-Quran tanpa wuduk kerana TIADA petunjuk yang kuat dalam larangan menyentuh mashaf Al-Quran.

Berbahagialah sesiapa yang ingin memilih pandangan ini, jika tidak mahu, saya hormati pandangan anda semua. Semoga kita saling mencintai dalam perkara khilaf.

No comments: